Assalamualaikum..
Baru bekesempatan nak post.. aritu terlupa nak post.. hihihi
Syukur alhamdulillah kehadrat ilahi pada 27 Mei yang baru je lepas genap usia aku 30 tahun.. auuww.. dah masuk 3 series.. kali ni sambut besday buat pertama kali kat ofis tempat keje baru kebetulan besday bos dan rakan sekerja aku An Nur juga jatuh pada bulan Mei.. Bos aku Pn. Rizadora pada 26 Mei dan Annur pulak 25 Mei.. Bos la excited sangat nak sambut besday kat ofis.. macam-macam makanan ade..
Dari Kiri: Kak Murni, Aku, Bos, Annur dan Kak Linda |
Terima kasih pada kawan2 yang meraikan besday kami dengan meriah.. dengan kek yang sedap2 belaka.. memang ari tu diet tak kemane.. memang lupe kejap la diet aku ari tu.. hihihi tapi balik ape lagi sental alfalfa dengan omega la.. sebelom tido telan herb lax bagi buang segalanya.. hahahaha..
Kek Hari Jadi Carrot Cheese Cake Thank to Melysa sebab buat kek ni sedap sangat n ramai yang kate sedap |
Tak sangka hubby wat kejutan..hihihih.. selalu nye sambut besday ngn family ramai-ramai.. dan hubby tau je selera aku macam mane.. sedap gak kek yang dia belikan tu.. rase terharu sangat-sangat.. tak sangka dia akan plan wat kejutan camtu.. tertitis jua akhirnya air mata.. fuhh syahdu malam tu.. anak-anak pun seronok sangat tengok kek ibu dia siap berlilin semua.. masing-masing tak sabar nak tiup..
Bersyukur sangat-sangat ade anak-anak dan suami yang sentiasa menceriakan hidup aku.. terim kasih juga yang tidak ternilai harga nya tuk Puan Hajjah Tunisah (Emak) kerana telah melahirkan aku kedunia ini dengan izin Allah.. semoga Allah berikan mak kesihatan dan keberkatan didunia dan akhirat kelak..
Untuk Arwah Abah.. Haji Mohamad Nooh B. Haji Noor... akak akan sentiasa sedekahkan Al-Fatihah untuk abah dan akan mendoakan abah.. semoga Allah menempatkan abah dikalangan orang-orang yang beriman.. Kalau abah masih hidup mesti kite sambut besday sama-sama kan.. sebab abah pun lahir pada bulan Mei juga.. (Rindu abah) :'(
Al-Fatihah untuk arwah Adik lelaki - Mohd Ridzwan B. Hj Mohamad Nooh semoga allah tempatkan iwan dikalangan orang-orang yang beriman..
No comments:
Post a Comment