Friday, 12 September 2014

TEMPAT MAKAN PALING BEST

Haiishh..sejak keje kat UiTM ni takde plak yang nak mengajak aku makan seafood..(hahaha ayat mintak balanje kan).. dulu keje kat TG budak2 civil rajin ajak aku gi makan seafood.. boleh dikatakan kerap jugak la gi.. ni nak cite pasal tempat makan yang aku suke kadang tu sampai teringin mengalahkan orang mengandung yang mengidam..

Tempat best ni kat Port Klang, BAGAN SEAFOOD PORT KLANG..  tempatnye agak tersorok skit.. nak ke sana akan lalu kolam-kolam ikan

Gambar ihsan dari google


Pintu masuk restoran Bagan Seafood

Depan restoran ni ade kolam ikan.. so sape-sape kaki pancing tu boleh la singgah memancing kat situ..

makanan kat sini boleh dikatakan sedap jugak.. kalau nak datang ramai-ramai.. better korang call dan booking dulu sebelum datang.. nanti dia akan tanye "mau datang bila hari ini ke bila".. so korang boleh la mintak set menu yang disediakan.

Antara menu febret aku ketam kam yong, asparagus goreng, butter prawn, rusa black papper, Sup sirip ikan. ade je menu lain selain dari menu yang aku sebut tu.. depends pada custemor la nak makan ape.. macam-macam ada.


 
Dia akan bagi tisu basah ni  kat setiap pinggan. klu nak lagi boleh je mintak kat pelayan dorang..
 
 

Ni suasana dalam Restoran Bagan Seafood.. biase nye dalam pukul 9 malam ke atas meja semua mula penuh..
 

kalau datang awal dorang akan hidangkan kita air sejuk atau air suam, kekacang dan juga jeruk betik.. kekacang dengan jeruk tu boleh mintak top up kalau dah habis

 
ketam masak kam heong
Tu dia.. tengok gambar ketam tu aku plak yang terliur.. ketam masak kam heong ni aku sangat sebab sedap dan puas makan.. ketam nye besar-besar.. klu order yang ni menu wajib.. dia siap bagi tukul kecik wat ketuk ketam tu..
 
Butter Prawn
 
Butter Prawn dia pun sedap, udang nye fresh dan besar-besar.. puas hati makan.. lagi-lagi serdak-serdak butter n telur tu.. sampai boeh menjilat jari lah.. fuhh leleh je..
 
Asparagus, Sotong goreng tepung, Tom yam
Sayur asparagus ni ranggup, pedas-pedas, memang sedap.. sambil upload gambar ni sambil dok telan-telan air liur.. aduh hai.. ngences dah ni kata orang jawa.
 
pepahat
Korang penah rase tak makan pepahat ni.. sedap jugak.. menu yang dipesan kebanyakkan yang bercili.. sebab aku suke pedas-pedas..
 
Sup Sirip Ikan Yu
Perhhh.. Sup ni panas-panas memang ohsem.. dia ade campuran isi ketam jugak tau.. sedap nye.. yum.. nyum.. rase nak repeat gi.. tadi dah sms husband ajak gi.. tapi tunggu ujung bulan katenye.. hihihi.. tak sabar plak nak makan kat sini.. Dan banyak lagi menu yang ade kat Restoran Bagan Seafood ni.. kalau korang nak rase boleh la pergi.
 
lagi 1 aku nak pesan.. kat area port klang tu banyak restoran seafood dan ade jugak nama Sg. Bagan Seafood tapi jangan sampai salah restoran pulak ye.
 
Selamat mencari dan mencuba makanan di restoran Bagan Seafood
 
 
Boleh contact
Restoran Bagan Seafood Port Klang,
Lot 45 & 46, Lingkaran Sultan Hisamuddin,
Off Jalan Pelabuhan Utara,
42000 Kampung Baru Bagai Hailam, Selangor
No.Telefon : 03-31764546
 
 
 
 
Nurul Fazlina
call/sms/whatsapp/wechat: 016-3201750
FB: www/facebook.com/nurul.fazlina.12
Blog: nuruladawiya.blogspot.com


Thursday, 11 September 2014

KURUS DAN SIHAT ~PENGALAMAN SAYA MAKAN SET KURUS SHAKLEE


Alhamdulillah.. walaupun lepas raya berat badan aku maintain dan turun Sikit.. badan pun ringan, pergerakan pun senang dan laju je kalau nak buat keje. Last timbang dah ade penurunan 1kg sekarang dah 83kg sebelom puasa 85kg dari 96kg turun ke 10kg tu 1 pencapaian yang tak penah aku fikirkan.. Sebab masa mengandungkan luqman berat aku mencapai ke 106kg.. lepas pantang tu turun la 10kg.. tu yang dah tak nak timbang.. takut nanti ble tgk result makin stress lak.. ble stress aku suke makan.. hah tu dia..



Awal tahun 2014 aku try set slimming dari shaklee.. mula2 cam takde rase ape2.. dah 6 bulan baru nampak hasil bile makin hari de je orang tegur dan teguran yang positif lak tu.. aku baru rase nak g timbang bila tengok penimbang tu berat badan dah turun sangat2 tak menjangka akan turun banyak tu.. aku mula la bersemangat nak teruskan turunkan berat badan.. hihihi.. bukan ape.. ble berat dah turun.. badan kite akan lebih ringan kan.. jadi tak salah aku nak turunkan berat badan aku.. bukan nak tayang body ke ape.. untuk kesihatan jugak. lagi pun makan suppliment.. Suppliment kan dari bahan semula jadi. ape nak takut.
 
Dalam set shaklee yang aku ambik tu ada Alfalfa, Omega guard, herblax, cinch shake..



Aku ni jenis makan simpan tak suke buang.. hihihi. memang susah nak membuang sebenarnya.. jadi  Herblax tu sangat bagus dan berkesan dan memang osem keje dia.. sangat melegakan dan badan mula rase ringan.. start tu aku terus2 amalkan ambik herb lax 3 biji 2 hari sekali.. budak ofis aku pun ambik.. dan dia pun nampak sendiri hasilnye dah takde lagi spare tanya kat tepi2 pingang dia.. hihihi..
Omega Guard untuk kawal kolestrol.. biase la orang yang gemuk macam aku ni kan suke makan.. makanan pulak yang berlemak2.. minyak2 tu yang sedapkan.. jadi aku ambik 3 biji lps waktu makan malam.. lps 10 minit makan tu badan kite akan rase panas dan berpeluh.. untuk orang yang rase nk demam ke sejuk2 ke.. boleh ambik Omega Guard ni,,
Luqman pun aku bagi dia makan tapi campur dalam susu dia la.. bile dia selsema, batuk atau pun tak sihat hanya bagi  2 atau 3 titik je campur dalam susu dia.. alhamdulillah dengan izin allah dia ok dan serasi.




Cinch Shake pun best tapi aku ambik seminggu sekali or dua kali je.. sbb mane sempat je aku buat.. hihhihi.. cinch ni bagi otot jangan kendur bile berat badan turun secara tak langsung lemak2 kite yang tepu tu dah berkurangan kan.. jadi fungsi cinch tu support otot dan kulit bagi tegang.. aku lebih suke ambik flava cafe latte and mix dengan susu HL tak nak campur ape2 pun boleh.


Last aku ambik Alfalfa.. setiap kali lps makan aku akan ambik 3 ke 4 biji bagi buang segala kotoran dalam badan, memulihan keputihan dan banyak kelebihan alfalfa ni..


dan jangan lupa bersenam sekali ye.. kene gak bersenam atleast seminggu 2 kali.. cam aku hari2 naik tangga ofis dan selalu ade kursus kat menara SAAS UiTM tu smpai ke tingakat 5 aku naik tangga.. kalau mls naik lift je hahahaha
Ape yang aku buat tu semua setakat yang aku termampu selebihnya semua dengan izin allah.. kene istiqomah dalam ape pun kite buat..baru berhasil..
 
Setakat ni Alhamdulillah masih konsisten makan set ni dan tak dinafikan badan terase lebih ringan dah takde sakit lutut dan bile naik tangga pun takde termengah2 cam orang tak cukup nafas..

Yang penting sekali kene banyak minum air masak.. kalau tak ambik suppliment ape pun air masak kene minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari..
 
 
 
Kalau nak tau lebih detail boleh contact jangan malu jangan segan..
Nurul Fazlina
call/sms/whatsapp/wechat: 016-3201750
page: www.facebook.com/vitamin4health
FB: www/facebook.com/nurul.fazlina.12
Blog: nuruladawiya.blogspot.com
IG: yaya_luqman



Wednesday, 10 September 2014

Resepi Pizza Roti~~ Home Made


Nak share sikit resepi yang paling senang, mudah dan sedap. boleh buat bile2 masa je.. asalkan ade barangnye.. tak perlu susah2.. Pizza Roti ni anak-anak pun suke.. sebenarnya dah banyak kali buat tapi baru-baru ni je rajin nak post kat fb dengan ig.. so ade la yang mintak resepi.. dah alang-alang nak buat piza ni minggu lepas so ade la peluang aku ambik gambar..



Ni bahan-bahan yang aku guna kan untuk buat pizza  roti tu.


Bawang besar, carrot dan cili bengala.. bahan-bahan ni kene potong dadu tau.. kecik-kecik boleh sederhana boleh nak besar pun boleh ikut korang nak potong macm pun boleh.. ikut la selera masing-masing ye..

 
kemudian untuk topping guna cheese pizza, cili sos dan mayonis.. kalau korang nak tukar cili sos tu ke tomato pun boleh.. sebab aku lebih suke cili sos dari tomato sos. Cheese tu boleh beli kat mana-mana pasaraya besar macam tesco ke giant ke.

 
bahan- bahan lain seperti sosej kalau nak tukar bebola daging/udang /sotong pun boleh ikut selera masing-masing la ye.. potong ikut la samada nak potong serong ke sosej tu nak bulat2 ke..
    last bahan yang penting dan dalam proses buat pizza ni mestila roti.. kalau korang rajin boleh la buat doh pizza.. ni guna roti sebab mudah dan cepat nak buat.
    So dah ada bahan-bahan tu boleh la korang mulakan dengan langkah berikut (maaf part ni tak sempat nak ambik gambar sebab kakak dah sibuk nak makan pizza roti ..
    So takde gambar pon ok kan.. just simple dan easy.. sapukan roti dengan sos cili, kemudian letak or susun sosej kemudian taburkan lobak merah, cili bengala dan bawang besar, lepastu taburkan cheese dan last sekali letak mayonis dan cili sos
    dah ready tuk bakar..

    suhu aku letak dalam 150c selama 15 minit.

    ok dah siap..  pizza roti .. yang ni dalam bekas ni dah selamat bagi kat budak-budak engineering top glove sabtu lepas.. siap pesan gi lepas makan jangan stress.. hihihi..

    Kalau dah makan yang camni mesti risau kan badan naik..  aku dah selesai makan mesti ambik alfalfa dan malam sebelum tido ambik herblax lepas tu dah tak payah nak fikir jadi lemak ke tak.. hihihi

Nurul Fazlina
sms/whatsapp/call/wechat: 016-3201750


Tuesday, 17 June 2014

Masalah dengkur semasa tidur

Berdengkur adalah bunyi yang keluar ketika kita tidur.. ia disebabkan oleh getaran pada saluran udara yang sempit ketika kita tidur. Berdengkur biasa terjadi pada  anak-anak > 3% dan orang dewasa > 35%.  Seiring bertambahnya usia, ia tidak kira lelaki atau pun wanita akan mengalaminya. Dalam masa kini maslaah berdengkur ketika tidur semakin meningkat hingga hampir 50% lelaki dan wanita mengalami masalah tersebut.

Anda bermasalah berdengkur ketika tidur????

Berdengkur adalah bunyi yang keluar melalui saluran pernafasan ketika anda tidur, dia disebabkan oleh getaran pada saluran pernafasan yang sempit yang menyebabkan udara tersekat.
 
Masalah ini bukanlah masalah kesihatan yang serius namun ia perlu diambil berat dengan pencegahan yang sewajarnya seperti mengambil suppliment ataupun cara lain seperti berikut

1. Pengambilan Suppliment
Untuk mengurangkan dengkuran anda boleh cuba amalkan pengambilan supplement seperti Vitamin E Shaklee
Vitamin E tersebut mempunyai antioksida dan membantu mengangkut oksigen ke dalam darah.
Ia juga mampu mengatasi masalah dengkuran denganmelancarkan saluran pernafasan semasa tidur.
Vitamin E juga membolehkan haemoglobin dalam sel darah merah membekalkan oksigen ke seluruh tubuh dengan lebih efisien.


 

**ISTERI yang mana mempunyai SUAMI yang mempunyai MASALAH BERDENGKUR SEMASA TIDUR boleh memberikan suami anda ♥VITAMIN E COMPLEX SHAKLEE utk mengurangkan masalah tidur anda berdua.. Masalah dengkuran boleh mengganggu kualiti tidur pasangan. Jika masalah ini dibiarkan berlanjutan, ia juga boleh menjejaskan hubungan anda pada masa akan datang...bunyi macam remeh, tapi tahukah anda ada satistik yang menunjukkan perceraian berlaku akibat masalah pasangan yang berdengkur semasa tidur!



2. Mengubah Posisi Tidur
Jika anda atau pun pasangan mengalami maslah dengkuran yang kuat sehingga boleh mengganggu.. anda boleh cuba mengubah posisi ketika tidur samada secara mengiring dengan keadaan bantal sedikit tinggi kerana jika dalam keadaan terlentang saluran pernafasan akan menjadi sempit dan kawasan lelangit akan terhimpit yang akan menyebabkan bunyi dengkuran semakin kuat.



3. Kurangkan Berat Badan
Berat badan juga memainkan peranan dalam mengatasi masalah dengkuran ketika tidur. Bagi anda yang mengalami berat badan yang berlebihan perlu mengurangkan berat badan dengan cara pemakanan yang sihat, bersenam dan juga mengambil supplement yang boleh membantu menurunkan berat badan. terdapat pelbagai supplement yang boleh membantu menurunkan berat badan seperti Omega Guard, Alfalfa, Lechitin, Herb Lax dan juga Cinch Shake.


 4. Perbanyakkan Minum Air
Secara umumnya kita perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas atau pun 2 liter sehari. Namun ramai yang tidak suka minum air atau kurang minum air.. ini akan memudaratkan badan anda boleh menyebabkan dihidrasi, jadi untuk mengurangkan dengkuran juga perlu amalkan minum air kosong 2 liter sehari.




 
 

 

 

 



call/sms/whatsapp/wechat: 016-3201750


FB: www/facebook.com/nurul.fazlina.12

Blog: nuruladawiya.blogspot.com

KEBAHAGIAN DALAM BERUMAH TANGGA

Setiap pasangan yang telah berkahwin menginginkan sebuah keluarga yang bahagia...
pulak tu nak suami yang penyayang, romantik, baik hati.. sape yang tak nak kan.. tapi jangan pula lupa setiap kehidupan ada pasang surutnya.. kalau ok je tak best pulakkan kalau tak bergaduh.. kalau gaduh manja-manja tu takpe jangan bergaduh sampai nak meruntuhkan rumah tangga pulak.. tu dah jadi kes lain.. jadi saya nak bagi tips skit..


1. Bertolak ansur antara pasangan
Bertolak ansur antara pasangan perlu ada dalam berumah tangga.. kalau si isteri tu kuat membebel.. si suami dengarkan je lepas tu buat muka senyum.. mesti nanti si siteri tak jadi nak membebel panjang lebar.. hikhik..

2. Hormat pasangan
Sebagai seorang isteri, wajib menghormati suami.. jangan ada prasangka yang buruk terhadap suami (berdosa).. rendahkan suara ketika bercakap dengan suami
Suami juga perlu menghormati isteri tetapi tidak sampai menjadi pak turut mendengar saja segala arahan isteri.. Isteri jangan pula over the limit.. jika suami menghormati isteri..

 


3. Berkasih Sayang
Ni untuk yang dah kawin je boleh berkasih sayang dan bermanja.. yg belum kawin jangan buat eh..
Suami perlu berlembut dengan isteri.. jika isteri sedang marah anda harus menjadi air yang menyejukkan api yang membara..  pupukkan kasih sayang antara pasangan.. kalau text ke call ke keluarkan ayat cintan cinton.. ala time bercinta boleh takkan dah kawin tak boleh kan..
Nak tambahkan lagi kasih sayang tu boleh ambil vitamin cinta.. (Vitamin E).. ia juga dapat membantu menghangatkan pasangan.


4. Jujur
Baik suami mahupun isteri kene la berlaku jujur.. jangan ada yang suke berbohong atau sorok-sorok dibelakang pasanan..
Biar pun pahit untuk diluahkan tapi pasti ade 1000 kebaikkan jika kita bersikap jujur.


5. Kerjasama
yang paling saya suke.. ape yang penting kerjasama..hihihi.. bab kerjasama ni penting juga tau.. sbb nye pasangan kita kalau rajin bantu kite dekat dapur ke pasti kite seronokkan buat keje..hah maka pupuk juga nilai2 kerjasama.. bantu membantu.. dapat meringankan beban pasangan..

6. Solat berjemaah
Ya kita sebagai orang islam solat itu wajib.. maka bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri cube kite curi masa sama solat berjemaah.. dalam solat jemaah itu banyak kelebihan Allah  SWT bagi.. Insyaa Allah.. berkat doa ketika berjemaah tu Allah SWT akan berikan kebahagiaan dalam berumahtangga.


Saya just berkongsi je.. sbb zaman sekarang ni ramai pasangan yang bercerai berai.. banyak faktor kemungkinan belaku..

Credit for my husband... suami saya rajin tolong saya buat kerja rumah.. kadang-kadang saya tak boleh nak buat ape disuruh duduk je..
syukur alhamdulillah allah kurniakan saya suami yang baik dan penyayang..



Tuesday, 10 June 2014

Vitamin E Complex Shaklee - Vitamin Cinta, Vitamin Cantik


 Bagi sesiapa yang berhasrat untuk memiliki kulit yang cantik di Hari Raya nanti, apa kata cepat2 dapatkan Vitamin E Complex daripada Shaklee.. sebotol ada 120 biji dan tahan sehingga 4 bulan.. memang berbaloi2..


Bulan ni ada promosi beli 6 botol, PERCUMA sebotol!!! berganda jimatttttt..

Pernah dengar vitamin cinta? Jom lihat bagaimana Vitamin E membantu untuk hubungan suami isteri yang mantap. Kita bongkar rahsia kehebatan vitamin E Shaklee ini.



Vitamin E memainkan peranan yang penting untuk kesihatan seksual kerana dapat membantu menghasilkan hormon seks serta merangsang libido. Ada juga sesetengah wanita yang menjadikan Vitamin E sebagai 'pelincir' ketika melakukan hubungan seksual.



Vitamin E ini juga bagus untuk membaiki kulit yang mempunyai maslah parut jerawat, pori terbuka, kulit kusam dan masalah tona kulit tidak sekata.. boleh dimakan sekali sehari atau dibuat masker.. menarik dan menjimatkan!


Berminat untuk mendapatkan Vitamin E Shaklee atau sebarang produk lain? Atau berminat menjadi ahli Shaklee dengan pembelian produk atau secara PERCUMA? Hubungi saya seperti maklumat di bawah:

Call/sms/whatsapp/wechat: 016-3201750
page: www.facebook.com/vitamin4health
FB: www/facebook.com/nurul.fazlina.12







Monday, 2 June 2014

27 Mei Tarikh Istimewa


Assalamualaikum..

Baru bekesempatan nak post.. aritu terlupa nak post.. hihihi

Syukur alhamdulillah kehadrat ilahi pada 27 Mei yang baru je lepas genap usia aku 30 tahun.. auuww.. dah masuk  3 series.. kali ni sambut besday buat pertama kali kat ofis tempat keje baru kebetulan besday bos dan rakan sekerja aku An Nur juga jatuh pada bulan Mei.. Bos aku Pn. Rizadora pada 26 Mei dan Annur pulak 25 Mei.. Bos la excited sangat nak sambut besday kat ofis.. macam-macam makanan ade..

Dari Kiri: Kak Murni, Aku, Bos, Annur dan Kak Linda

Terima kasih pada kawan2 yang meraikan besday kami dengan meriah.. dengan kek yang sedap2 belaka.. memang ari tu diet tak kemane.. memang lupe kejap la diet aku ari tu.. hihihi tapi balik ape lagi sental alfalfa  dengan omega la.. sebelom tido telan herb lax bagi buang segalanya.. hahahaha..


Kek Hari Jadi  Carrot Cheese Cake
Thank to Melysa sebab buat kek ni sedap sangat n ramai yang kate sedap

Tak sangka hubby wat kejutan..hihihih.. selalu nye sambut besday ngn family ramai-ramai.. dan hubby tau je selera aku macam mane.. sedap gak kek yang dia belikan tu.. rase terharu sangat-sangat.. tak sangka dia akan plan wat kejutan camtu.. tertitis jua akhirnya air mata.. fuhh syahdu malam tu.. anak-anak pun seronok sangat tengok kek ibu dia siap berlilin semua.. masing-masing tak sabar nak tiup..



Bersyukur sangat-sangat ade anak-anak dan suami yang sentiasa menceriakan hidup aku.. terim kasih juga yang tidak ternilai harga nya tuk Puan Hajjah Tunisah (Emak) kerana telah melahirkan aku kedunia ini dengan izin Allah.. semoga Allah berikan mak kesihatan dan keberkatan didunia dan akhirat kelak..

Untuk Arwah Abah.. Haji Mohamad Nooh B. Haji Noor... akak akan sentiasa sedekahkan Al-Fatihah untuk abah dan akan mendoakan abah.. semoga Allah menempatkan abah dikalangan orang-orang yang beriman.. Kalau abah masih hidup mesti kite sambut besday sama-sama kan.. sebab abah pun lahir pada bulan Mei juga.. (Rindu abah) :'(

Al-Fatihah untuk arwah Adik lelaki - Mohd Ridzwan B. Hj Mohamad Nooh semoga allah tempatkan iwan dikalangan orang-orang yang beriman..